keranaMU

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

al-kisahnya Irfan ni suka hisap jari,so ibu suka marah kata adik katanya nanti gusi tak cantik..Lepas kena marah,dipetang sabtu yang ala2 nak hujan gitu adik pun try la pusing badannya.tapi yang pasti kat bawah tue mengunyah tangan dia sendiri sambil cover pegang2 kepala.kononya pening la tue.......nak real lagi ibu rakam gambar adik.(boleh view kat sini).Irfan boleh meniarap a day before he turns 4 months.After a lot of trying and crying sebab tak boleh angkat tangan yg sebelah lagi tue.A very happy moments for new mother like me to see my son 1 step maju..haha..Mak ngah,mama j ans shu na semua gelak tengok gambar adik yg pening kepala tue.Sekarang pantang je letak adik terus meniarap.tengah2 tidur pun nak meniarap.ibu letak bantal kiri kanan adik supaya tak tergolek2.maklumlah kekadang ibu dan ayah "ter" tidur mati sebab penat kerja.Ayah especially...to see more photos how i dii it klik here

Jihad paling akbar bagi seorang Muslim adalah perjuangan memperbaiki dirinya sendiri, perjuangan melawan nafsu diri dan godaan setan yang membawa kepada kejahatan. Bila kita melakukan perang melawan semua hal ini maka sesuai ajaran Islam, kita ini dianggap sebagai sedang berjihad dalam maknanya yang paling luhur. Membelanjakan harta bagi penyebaran agama menurut Islam adalah juga bentuk Jihad. Menolong fakir miskin melalui sedekah adalah bentuk Jihad lainnya.Bentuk Jihad yang lebih kecil ialah berperang dalam rangka membela diri. Sesuai ajaran Islam, umat Muslim tidak diizinkan memaklumkan perang kepada musuh, betapa pun salahnya pandangan mereka. Keadaan yang mengizinkan umat Muslim mengangkat senjata hanya jika musuh telah menyerang mereka dengan tujuan merampas nyawa, harta dan kehormatan mereka atau bermaksud memupus agama yang mereka anut. Hanya dalam situasi seperti itu saja umat Muslim diperkenankan berperang membela diri dan tidak akan ada orang waras yang akan mempertanyakan hal tersebut. Yang menarik dalam hal ini ialah meski umat Muslim diberi hak untuk membela diri tetapi mereka tetap saja dianjurkan agar berupaya sekuat-kuatnya menciptakan kedamaian, bahkan di medan perang sekali pun. Harus dilakukan berbagai upaya agar perang bisa dihindari. Jika tidak berhasil, konflik hanya bisa dilanjutkan sepanjang penganiayaan masih saja berlangsung. Jika musuh Islam sudah meletakkan senjata maka umat Muslim harus menghentikan perang mereka.


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Dua tiga hari ni adik tak nak tido malam. apa lagi mak ayah buat persiapan syif malam jaga adik manja la.. adik betul-betul bagi banyak pengalaman menjadi seorang ayah dan ibu. dia buat perangai yang kekadang kita tak boleh nak tahan. menangis tak henti, badan makin panas. besok nak kena bawa pegi klinik jumpa doktor.
Besoknya, doktor cakap adik cuma demam biasa. mungkin nak tumbuh gigi.... sapa ada petua mcm ne nak tengok samada adik betul-betul nak tumbuh gigi. Lidah adik selalu menjelir dan gosok pada gusi. Rasanya ada cerita menarik lepas ni..
Bila adik dah ada gigi, dia akan balas dendam dengan ibu. waktu melepaskan hajatnya semasa minum susu. nak tau kenapa... ibu selalu kata adik bucuk.. adik tak suka la 'bucuk' tu..
Ada lagi... nanti kita sambung...

Irfan semakin membesar.. teriak... ketawa...