keranaMU

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Dua tiga hari ni adik tak nak tido malam. apa lagi mak ayah buat persiapan syif malam jaga adik manja la.. adik betul-betul bagi banyak pengalaman menjadi seorang ayah dan ibu. dia buat perangai yang kekadang kita tak boleh nak tahan. menangis tak henti, badan makin panas. besok nak kena bawa pegi klinik jumpa doktor.
Besoknya, doktor cakap adik cuma demam biasa. mungkin nak tumbuh gigi.... sapa ada petua mcm ne nak tengok samada adik betul-betul nak tumbuh gigi. Lidah adik selalu menjelir dan gosok pada gusi. Rasanya ada cerita menarik lepas ni..
Bila adik dah ada gigi, dia akan balas dendam dengan ibu. waktu melepaskan hajatnya semasa minum susu. nak tau kenapa... ibu selalu kata adik bucuk.. adik tak suka la 'bucuk' tu..
Ada lagi... nanti kita sambung...

0 comments:

Post a Comment