keranaMU

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.




SUPERMAMA ... 07 July 09 kul 0830 pagi, janji dengan mummy ayu nak hantar dia exam. Jam dah kul 0820. henpon berbunyi.. mummy ayu dah call. Adik Irfan pulak masa tu nak nangis.. mcm dah kantoi.. bila citer kat mummy ayu dia pun oklah.. pegi exam dgn org lain.. rupa-rupanya ayah adik Irfan yang jaga dia kat umah. tak pegi keje la hari tu..

Mula-mula gelabah jugak nak jaga anak ni.. mcm-mcm fikir, nanti adik nangis mcm mane, nak buat susu mcm ne, nak mandi adik mcm ne.. argg pening jugak pada mulanya.. sabarrr

FIRSTLY .. keluar je ibu pegi keje.. dia dah mula jeling ayah.. mcm nak bagitau sesuatu.. ayah stedy lg mulanya.. pastu muka dah merah.. ayah mcm faham maksud dia.. ayah pun buat la susu mcm ibu ajar pagi tadi. ok.. nasib baik betul jangkaan ayah.. lepas je minum dik mula nak tido. ala biasa la.. senang je jaga budak kecik ni.. "org laki semua!!... kita pun boleh jaga anak jugak, saja tak nak tunjuk je..".

DAH BANGUN .. hero ayah.. senyum je.. mula-mula mood dia ok. lepas tu, asyik nak nangis je..
mcm-mcm ayah buat.. nangis jugak. bila dukung je diam.. jam baru kul 1130 pagi.

0230 petang.. ayah buat susu dan tidokan dia.. bagus.. adik Irfan pandai jaga ayah.. dia tido tak ganggu ayah langsung..

0400 ptg.. dia bangun terkejut bunyi lori kat depan umah.. dah tak nak tido.. bancuh susu pun tak jalan... main dgn dia pun tak jalan... nyanyi pun tak jalan... tengok muka ayah je nangis..pening dah ayah... rupanya nak suruh ayah dukung..

ADIK memang nak kenakan ayah.. sampai pukul 0600 ptg, dia nak suruh dukung je.. letak je
nangis.. kesana-kesini, dukung dia.. senyum lebar.. letak je nangis.. 0610 ibu balik. dapat je susu ibu terus tak nak dtg kat ayah..ooo... sombong rupanya.. takpe adik hutang dgn ayah..

RUPANYA.. susah jugak jaga anak kecik ni.. time dia ok takpe la.. time dia meragam.. kacau kita dibuatnya.. pengalaman jaga anak.. sapa yang tak de anak lagi.. apa tunggu lagi.. XXX cepat skit.

SUPERMAMA.. ingat perempuan je.. lelaki pun ade jgk la...








1 comments:

alah baru sehari dh mengaku supermama,tapi ikhlas dari hatiku,mr.mama memang perfect,yg terbaik buat ibu..minggo chidde..tapi?? yg balik mandikan adik Ibu kan...

Post a Comment