keranaMU

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.


ANAK KITA DAN PEWARIS adalah satu rahmat, yang diberikan kepada semua benda yang hidup. Tak kira bangsa, negara atau seisiNYA. Satu cara menikmati kehidupan dengan mencari GARIS panduan didalamnya agar lebih sempurna. Konsep kepercayaan adalah satu yang sangat penting kepada makhluk agar perjalanan hidup lebih bermakna. Keimanan ini sentiasa membawa kita kepada tujuan sebenar dan mengetepikan anasir luar yang negatif memesongkan kepada tujuan sebenar kehidupan. Kehidupan secara tradisi, ikut-ikutan manusia yang diwarisi adalah punca kelemahan yang amat serius. fokus sebenar kehidupan akan beralih arah dan melalaikan semua dan jauh dari rahmat ALLAH. Pernahkah kita terfikir sejenak siapakah tuhan yang kita sebenarnya. adakah kita yakin dengan apa yang diwarisi oleh datuk moyang kita.. pernahkah kita berusaha mencarinya.. kita perlu mencari "TUAN" tuhan yang mencipta kita dan semua alam semesta. Memperakui kewujudannya. yakin dengan perintah dan menjunjungi perintah dan arahanNYA.

Rahmat ALLAH sangat luas. Memberinya tidak mengira siapa. Islam adalah satu agama yang sempurna. kerana itulah terdapat ramai musuh yang membencinya.. islam bukan hak kita.. islam adalah untuk semua meliputi kehidupan manusia.. islam adalah satu cara hidup yang sempurna untuk awal kehidupan dunia dan selama-lamanya. tiada yang lebih sempurna melainkannya.
Kita adalah hamba yang akan membawa islam ke dalam hidup kita . nescaya NURnya akan terpancar kepada semua, menikmati limpahan rahmat ke atasnya. ISLAM adalah sederhana dalam semua perkara melainkan hukum yang telah ditetapkan. Islam adalah nama dan isinya adalah amalan yang dilakukan umatnya. harapan kita agar warisan kita menyambung membawa rahmat ini ke dalam semua pelusuk dunia.
warisku anakku IRFAN. Semakin membesar.. pelbagai reaksi teriak... ketawa... jelingan... manja... marah.. dan mcm2 perangai bayi yang semakin hari dapat dirasai... tanpa sedar Irfan telah membesar hampir 3 bulan 3 minggu. Semua ibu dan bapa didunia ini mengharapkan merasai nikmat sebegini rupa.. itulah kebesaran ALLAH yang mencipta.. Bersyukur kita kerana mereka, anak-anak kecil ini dipilih untuk menikmati dunia ciptaanNYA.
Hidup ini hanya untuk memilih. Memilih satu jalan yang lurus, jalan yang telah ditetapkan landasannya oleh penciptaNYA. Hanya kita yang perlu mencari pencipta dan mengetahui apakah akhir hidup kita yang sengansentiasa menunggu takdir dan bersedia untuk sebarang ujian dan dugaan.
Semasa kita kecil, kita selalu memandang di atas kita... orang dewasa.. ayah... atuk... cikgu... ustaz.. dan semuanya.. tetapi pernahkah kita terfikir kita sekarang.. dengan umur sekarang.. dengan status sekarang.. kita dah sampai.. waktu itu. waktu dewasa, dan terus akan dewasa... cuba kita pandang kebawah.. sedarkah kita yang sudah menjadi ibu.. bapa... dan punyai waris mewarisi kehidupan dunia.. bila kita sudah tiada.. semuanya berulang seperti pusingan roda..
Saya tersedar seketika.. terpanggil untuk berkata sesuatu yang perlu.. rasatanggungjawab sesama manusia. pengisian hidup kita , anak kita, dan semua waris kita...HIDUP yang terbelah dua. satu hidup ruangnya di dalam badan (alam roh) yang kita sedar kewujudannya... . dan satu diluar iaitu jasad kita yang sentiasa memerlukan nafsu untuk makananya. adakah anak kecil kita memahami kehidupan ini, sakit jatuh bangun sendiri.. apa yang kita mampu beri untuk mereka bila kita sudah tiada.. begitu juga ibu bapa kita atau seterusnya.. apa yang kita harapkan daripada mereka..

0 comments:

Post a Comment