keranaMU

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Irfan semakin membesar.. teriak... ketawa...


ANAK KITA DAN PEWARIS adalah satu rahmat, yang diberikan kepada semua benda yang hidup. Tak kira bangsa, negara atau seisiNYA. Satu cara menikmati kehidupan dengan mencari GARIS panduan didalamnya agar lebih sempurna. Konsep kepercayaan adalah satu yang sangat penting kepada makhluk agar perjalanan hidup lebih bermakna. Keimanan ini sentiasa membawa kita kepada tujuan sebenar dan mengetepikan anasir luar yang negatif memesongkan kepada tujuan sebenar kehidupan. Kehidupan secara tradisi, ikut-ikutan manusia yang diwarisi adalah punca kelemahan yang amat serius. fokus sebenar kehidupan akan beralih arah dan melalaikan semua dan jauh dari rahmat ALLAH. Pernahkah kita terfikir sejenak siapakah tuhan yang kita sebenarnya. adakah kita yakin dengan apa yang diwarisi oleh datuk moyang kita.. pernahkah kita berusaha mencarinya.. kita perlu mencari "TUAN" tuhan yang mencipta kita dan semua alam semesta. Memperakui kewujudannya. yakin dengan perintah dan menjunjungi perintah dan arahanNYA.

Rahmat ALLAH sangat luas. Memberinya tidak mengira siapa. Islam adalah satu agama yang sempurna. kerana itulah terdapat ramai musuh yang membencinya.. islam bukan hak kita.. islam adalah untuk semua meliputi kehidupan manusia.. islam adalah satu cara hidup yang sempurna untuk awal kehidupan dunia dan selama-lamanya. tiada yang lebih sempurna melainkannya.
Kita adalah hamba yang akan membawa islam ke dalam hidup kita . nescaya NURnya akan terpancar kepada semua, menikmati limpahan rahmat ke atasnya. ISLAM adalah sederhana dalam semua perkara melainkan hukum yang telah ditetapkan. Islam adalah nama dan isinya adalah amalan yang dilakukan umatnya. harapan kita agar warisan kita menyambung membawa rahmat ini ke dalam semua pelusuk dunia.
warisku anakku IRFAN. Semakin membesar.. pelbagai reaksi teriak... ketawa... jelingan... manja... marah.. dan mcm2 perangai bayi yang semakin hari dapat dirasai... tanpa sedar Irfan telah membesar hampir 3 bulan 3 minggu. Semua ibu dan bapa didunia ini mengharapkan merasai nikmat sebegini rupa.. itulah kebesaran ALLAH yang mencipta.. Bersyukur kita kerana mereka, anak-anak kecil ini dipilih untuk menikmati dunia ciptaanNYA.
Hidup ini hanya untuk memilih. Memilih satu jalan yang lurus, jalan yang telah ditetapkan landasannya oleh penciptaNYA. Hanya kita yang perlu mencari pencipta dan mengetahui apakah akhir hidup kita yang sengansentiasa menunggu takdir dan bersedia untuk sebarang ujian dan dugaan.
Semasa kita kecil, kita selalu memandang di atas kita... orang dewasa.. ayah... atuk... cikgu... ustaz.. dan semuanya.. tetapi pernahkah kita terfikir kita sekarang.. dengan umur sekarang.. dengan status sekarang.. kita dah sampai.. waktu itu. waktu dewasa, dan terus akan dewasa... cuba kita pandang kebawah.. sedarkah kita yang sudah menjadi ibu.. bapa... dan punyai waris mewarisi kehidupan dunia.. bila kita sudah tiada.. semuanya berulang seperti pusingan roda..
Saya tersedar seketika.. terpanggil untuk berkata sesuatu yang perlu.. rasatanggungjawab sesama manusia. pengisian hidup kita , anak kita, dan semua waris kita...HIDUP yang terbelah dua. satu hidup ruangnya di dalam badan (alam roh) yang kita sedar kewujudannya... . dan satu diluar iaitu jasad kita yang sentiasa memerlukan nafsu untuk makananya. adakah anak kecil kita memahami kehidupan ini, sakit jatuh bangun sendiri.. apa yang kita mampu beri untuk mereka bila kita sudah tiada.. begitu juga ibu bapa kita atau seterusnya.. apa yang kita harapkan daripada mereka..




SUPERMAMA ... 07 July 09 kul 0830 pagi, janji dengan mummy ayu nak hantar dia exam. Jam dah kul 0820. henpon berbunyi.. mummy ayu dah call. Adik Irfan pulak masa tu nak nangis.. mcm dah kantoi.. bila citer kat mummy ayu dia pun oklah.. pegi exam dgn org lain.. rupa-rupanya ayah adik Irfan yang jaga dia kat umah. tak pegi keje la hari tu..

Mula-mula gelabah jugak nak jaga anak ni.. mcm-mcm fikir, nanti adik nangis mcm mane, nak buat susu mcm ne, nak mandi adik mcm ne.. argg pening jugak pada mulanya.. sabarrr

FIRSTLY .. keluar je ibu pegi keje.. dia dah mula jeling ayah.. mcm nak bagitau sesuatu.. ayah stedy lg mulanya.. pastu muka dah merah.. ayah mcm faham maksud dia.. ayah pun buat la susu mcm ibu ajar pagi tadi. ok.. nasib baik betul jangkaan ayah.. lepas je minum dik mula nak tido. ala biasa la.. senang je jaga budak kecik ni.. "org laki semua!!... kita pun boleh jaga anak jugak, saja tak nak tunjuk je..".

DAH BANGUN .. hero ayah.. senyum je.. mula-mula mood dia ok. lepas tu, asyik nak nangis je..
mcm-mcm ayah buat.. nangis jugak. bila dukung je diam.. jam baru kul 1130 pagi.

0230 petang.. ayah buat susu dan tidokan dia.. bagus.. adik Irfan pandai jaga ayah.. dia tido tak ganggu ayah langsung..

0400 ptg.. dia bangun terkejut bunyi lori kat depan umah.. dah tak nak tido.. bancuh susu pun tak jalan... main dgn dia pun tak jalan... nyanyi pun tak jalan... tengok muka ayah je nangis..pening dah ayah... rupanya nak suruh ayah dukung..

ADIK memang nak kenakan ayah.. sampai pukul 0600 ptg, dia nak suruh dukung je.. letak je
nangis.. kesana-kesini, dukung dia.. senyum lebar.. letak je nangis.. 0610 ibu balik. dapat je susu ibu terus tak nak dtg kat ayah..ooo... sombong rupanya.. takpe adik hutang dgn ayah..

RUPANYA.. susah jugak jaga anak kecik ni.. time dia ok takpe la.. time dia meragam.. kacau kita dibuatnya.. pengalaman jaga anak.. sapa yang tak de anak lagi.. apa tunggu lagi.. XXX cepat skit.

SUPERMAMA.. ingat perempuan je.. lelaki pun ade jgk la...










video

Clip keluarga kecil adik Ammar Irfan..




"PENGASUH"... adik dah mula fobia dengan nama pengasuh.. semalam adik Irfan masuk kat tempat jagaan kanak-kanak. Sekali yang jaga dia makcik from seberang "INDON". Masa mula adik Irfan dihantar ok lg... senyum, nakal-nakal mcm biasa la.. tghari bila call kat tempat tu.. diaorg ckp adik Irfan nangis sampai mata putih. Ibu adik tanya mcm ner boleh jadi mcm tu. Dia ckp tak tahu. Makcik tu ckp, bila nangis je bafgi susu.


setakat jam 08.00 pagi hingga 04.00 ptg dah masuk 7 botol diaorg sumbat. bila ditanya ada dukung tak adik Irfan. Dia ckp mana boleh dukung. kalau dukung nanti tak boleh buat keje lain plak..

Yang sedihnya, bila ibu pegi ambil adik Irfan ptg tu, dia dah lesu, muka dah tak ceria mcm selalu. Nampaknya itulah hari terakhir adik kat situ. sampai je kat umah... makcik kat depan umah pun datang sembang2.. dah terlanjur cerita, dia ofer nak jaga adik..

Adik nampak mcm ade respon baik je.. ibu pun terus setuju je la.. yang tak sedapnya bukan besok start jaga, tapi lusa...

NAMPAKNYA... ada supermama yang jaga adik besoknya... siapa dia supermama...



CATATAN BULAN JULAI 2009

HARI
ini 06 Julai 2009, nenek pulang ke kampung. Adik Irfan pula dihantar ke rumah pengasuh. Ibu pulak lapor diri ke tempat keje baru. Besok adalah hari yang sunyi bagi keluargaku. Mak Ina kursus di Hotel Palace of Golden Houses di Putrajaya, Pak Lang Halim pulak dah masuk belajar kat UITM Shah Alam.






NENEK pulang k kampung sebab Mak Su Ayu dan Pak Su Amin tak boleh tinggal di asrama buat sementara waktu. Tangki air kat asrama bocor. Nenek balik untuk jaga mereka. Lagipun dah hampir 2 bulan nenek kat KL jaga Adik Irfan. Tok Wan Kamel duduk kat kampung sorang-sorang. Takpe la... nanti nenek rindukan Adik msti nenek nak datang sini lagi.




IBU nak lapur diri kat STRIDE Kajang besok.. tak tahu kat unit mana lagi.. dia nak buat kajian pasal H1N1 ler tu.. ye la.. kat Malaysia sekarang ni dah mcm2 ancaman ada. H1N1 ni pun kira ancaman jugak. Nanti, Adik Irfan pun nak jadi orang berguna pada agama, negara dan semua orang. Kena belajar pandai-pandai la kalau mcm tu.

MAKCIK INA nak pegi kursus dengan pakwe dia. Harap-harap dia berjaya latu. dapat keje n dapat kawin dengan cepat. nanti Adik Irfan ada sepupu baru. Dia nak jadi orang SIME DARBY.

PAKLANG HALIM dah pening (ting tong) nak cari umah sewa, dapat umah ada antu plak, takut nanti malam antu tu bawa lari dia punya seluar baju... jem la.. nak pakai apa. tapi tak pe.. kat UITM tu kan ramai cikaro. Boleh amik antar ke klas. Dengar kata dah dapat umah sewa baik punya. tapi mahal skit. siap kena warnig tu.. " jangan buat maksiat kat umah ni ye adik,
nanti malaikat tak masuk umah". ok la tu. dapat blajar tomoi kat onwer umah. dia tu handal jgk. siap bukak kelas tomoi lg. nak belajar jgn malu-malu ye PAKLANG HALIM.

ADIK IRFAN dah ngantuk ni.. nak tido dulu.. mlm ni nak bangun minum sus ibu plak.. ok bye-bye.. jumpa lagi ye..