keranaMU

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Asalamualaikum semua..


Masa cepat berlalu... sudah 28 tahun telah berlalu.. pandangan terus membuat aku lupa untuk pandang kebelakang.. aku sudah menjadi ayah. Sudah tiga bulan gelaran itu menjadi samar-samar dalam lenaku.

Aku mesti melakiukan sesuatu untuk aku dan anakku. aku mesti bangun dari tidur yang melalaikanku. masa depan anakku dalam tangan ibu bapa. jangan lakukan kesilapan, kerana kesilapan untuk INI tidak akan dapat diulangi....

Aku mesti memberikan yang terbaik untuk keluargaku. menerima kenyataan hidup, sedar pada dunia yang nyata.

Masa kecilku berlalu begitu sahaja. tiada perancangan tiada pengaturan. aku rugi untuk semua itu. aku akan pastikan anakku tidak akan menerima nasib yang sama. memberi ilmu dunia dan akhirat adalah kewajipanku.

bersambung........

2 comments:

syahdunya dengar..moga2 Irfan dapat yang terbaik dari kita ..minggo chidde

tq..

Post a Comment